Saturday, 20 February 2016

seTENANG hati...

ni la view kat sungai depan waterfront Bintangor Meradong...

Sekolah-sekolah lain...

Sekolah-sekolah lain yang terdapat di Daerah Meradong.
1) S.K.SUNGAI SIAN
2) S.K. ULU BINATANG
3) S.K. SUNGAI MADOR
4) S.K. SUNAGI SELIDAP
5) S.K. TULAI
6) S.K. TANJUNG BUNDUNG
7) S.K. MUPONG
8) S.K. ULU STRAS
9) S.K. ULU MERADONG
10) S.K. BUKIT KAPIT
11) S.K. NANGA STRAS
12) S.K. SUNGAI KAWI
13) S.K. BANDAR BINTANGOR
14) S.K. SG. GEMUAN
15) S.K. MERADONG SKIM B
16) S.J.K. ST. AGUSTINE
17) S.J.K.KAI MING
18) S.J.K. KUNG CHENG
19) S.J.K. MING LU
20) S.J.K. YONG KWONG
21) S.J.K. TONG HUA
22) S.J.K. NAN CHIEW
23) S.J.K. TUNG KWONG
24) S.J.K. MING CHIANG
25) S.J.K. MING SHING
26) S.J.K. KAI CHUNG
27) S.J.K. MING TEE
28) S.J.K. MIN DAIK
29) S.J.K. MING CHING
30) S.M.K. MERADONG
31) S.M.K. BANDAR BINTANGOR

SK Bandar Bintangor


SMK Meradong


SMK Kai Chung


SK At. Augustine


SRK Abang Amin


Kebanyakan anak-anak sekolah kat sini...

Rojak Bintangor


Rojak Bintangor merupakan makanan sampingan yang menjadi kegemaran penduduk setempat. Selain itu, Rojak Bintangor juga merupakan makanan yang menjadi tarikan kepada pengunjung luar di bandar-bandar yang berdekatan seperti Sibu, Sarikei, Kuching, dan lain-lain. Rasanya yang sedap dan menyelerakan menyebabkan ianya begitu popular dari dahulu sehingga kini.

JOM SINGGAH.....


Gerai Makanan Awam 


Gerai makanan awam Bintangor menjadi tempat tumpuan pengunjung luar kerana menyediakan pelbagai menu masakan Sarawak dari pelbagai kaum yang terdapat di pekan Bintangor.

MAKANAN BEST...NYAMANNNN

Tumpik Udang/ Lempeng Lemantak Udang

Perniagaan Tumpik ini diusahakan oleh Tuan Hj. Saini dan isterinya. Tumpik merupakan antara tarikan makanan yang popular di pekan Bintangor khususnya dan daerah Meradong amnya. Ianya diperbuat daripada udang, tepung dan kelapa kering. Rasanya yang unik dan menyelerakan menjadikan Tumpik Udang makanan yang mesti dicuba oleh sesiapa sahaja jika singgah di pekan Bintangor.

Taman Rekreasi Bintangor

Lanskap taman yang teratur dan unik serta bersih menjadi daya tarikan utama di taman tersebut. Antara kemudahan yang disediakan di Taman Rekreasi Bintangor adalah seperti taman permainan kanak-kanak, ruangan senaman ,anjung tinjau dan sebagainya. 

 Taman rekreasi ini menjadi tumpuan penduduk tempatan mahupun pelancong luar sebagai tempat untuk beriadah terutamanya pada waktu petang dan pada hujung minggu. 

Diantara aktiviti yang boleh dilakukan di taman rekreasi tersebut adalah bersukan, dan aktiviti bersiar-siar bersama keluarga dan rakat taulan.

SEJARAH

Kampung Bintangor penempatannya dibuka pada tahun 1896 dan Ia terletak kira-kira 22 kilometer dari Sarikei dan lebih kurang 50 kilometer dari Sibu. Penduduk ke Kampung Bunut Ulu kerana tanah di Kampung Bintangor pada masa itu tidak sesuai untuk tanaman padi. Penduduk yang berhijrah ke Bunut Ulu dipanggil oleh Raja Brooke untuk menetap di Kampung Bintangor. Ini adalah kerana, mereka dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan pedagang-pedagang dari Sibu dan Sarikei yang sering dirompak di Bintangor. Kedudukan Bintangor yang berada di tengah Sarikei dan Sibu menyebabkan Bintangor sebagai kawasan strategik kepada perompak-perompak pada masa dulu. Asal-usul nama Kampung Bintangor ialah Kampung Binatang. Pelbagai jenis binatang aneh yang tidak pernah dijumpai datang dan berhijrah hanya untuk makan buah 'engkabang'. Oleh hal yang demikian penduduk setempat memberikan nama kampung ini sebagai Kampung Binatang

Pada tahun 1984 Kerajaan Sarawak mengarahkan nama bagi Daerah Binatang ditukar bagi menangani masalah sensitiviti nama tempat di Sarawak. Setelah mendapat persetujuan nama Daerah Binatang ditukar kepada Meradong dan manakala nama rasminya ialah Bintangor yang diambil sempena dengan nama pokok yang banyak tumbuh di situ. Pokok Bintangor yang dipercayai boleh menjadi penawar dan menjadi ubat kepada penyakit AIDS. Nama Meradong pula diambil sempena nama sungai yang mengalir di pertengahan daerah Kampung Bintangor. Selain itu, buah Limau Bintangor juga sangat terkenal di Sarawak dan sehubungan dengan itu, maskot bagi Bintangor ialah buah limau Bintangor. 

Pengangkutan utama digunakan pada zaman dahulu ialah basikal dan beca untuk kemudahan pergerakan rutin harian. Terdapat beberapa buah kampung yang agak besar populasinya di sekitar Bintangor dan menetap di situ sehingga sekarang antaranya ialah Kampung Abang Ali, Kampung Abang Amin, Kampung Muhibbah, Kampung Jalan Sekolah, Kampung Bidadari dan Kampung Gelam Penempatan untuk perkampungan Iban pula ialah Kampung Pilit, Kampung Turak, Kampung Gemuan dan Kampung Selidap. Perkampungan Cina juga turut bekembang sehingga sekarang setanding dengan kaum lain. Kemudahan seperti jalan darat dan air digunakan sebagai penghubung diantara kampung dan pekan Bintangor. Antara kampung yang menggunakan pengangkutan air untuk sampai ke Bintangor ialah Kampung Tanjung Bundong, Kampung Selemas, dan Kampung Lebaan dengan menggunakan bot atau perahu. Penduduk setempat pada dahulunya, mendapatkan sumber pendapatan melalui bercucuk tanam secara kecil-kecilan untuk menyara keluarga dan bukan untuk jual beli. Tetapi keadaan berubah mengikut keperluan semasa dan menjadikan aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan dan wujudnya aktiviti jual beli sehingga sekarang antaranya ialah padi, limau, nanas, koko, getah, pisang dan kebanyakannya menerusi pertanian. 

Kemudahan lain yang disediakan ialah seperti telefon awam, tandas awam, dewan masyarakat, kompleks sukan, perpustakaan awam, balai polis, balai bomba, pejabat pos, klinik kesihatan, pasar tani, kedai runcit, masjid, gereja dan kemudahan pengangkutan bas dan elektrik sudah mula menapak di Bandar Bintangor sejak dahulu lagi.

Butik Rias Andaman Suchi

Sangat terkenal di kawasan Bintangor, Meradong

Butik ini menyediakan pelbagai pakej andaman, busana pengantin, pakej pelamin, pekej hantaran perkahwinan dengan harga yang berpatutan kepada penduduk setempat dan sekitarnya. 


PASAR TANI AWAM


Pasar Tani Awam Daerah Meradong terletak di Pekan Bintangor. Terdapat pelbagai kegiatan perniagaan yang dijalankan di Pasar Awam Bintangor ini antaranya ialah hasil dari pertanian, kraftangan, butik, gerai makanan, hasil tangkapan laut dan sungai, kedai runcit, sayur-sayuran, kuih kering, jamu dan penjualan pakaian terpakai. 



Pasar Tani Awam ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan orang luar sekitar Sibu, Sarikei, Kuching, Miri dan lain-lain.

LAMBANG BUAH LIMAU BINTANGOR

Kampungku di Bintangor, Meradong.
Sekarang saya tinggal bersama nenek di Kampung Penasu.
Lambang Bintangor Meradong adalah

'BUAH LIMAU'



Buah limau Bintangor ni rasanya masam2 manis..slurrpppp2x....